Ujian getir
13 September 2005
Pada tarikh tersebut aku telah menerima satu keputusan ujian darah yang dipanggil thrombophilia test di mana aku kekurangan sejenis protein dalam darah. Ujian itu dilakukan ekoran kematian anakku yang pertama (Aisyah) yang diklasifikasikan sebagai IUD (intra uterine death).
Terdapat dua peringkat ujian iaitu ujian selepas beranak dan semasa mengandung. Dalam ujian pertama, aku didapati kekurangan protein C dalam darah dan ujian kedua menunjukkan kekurangan protein S. Apa yang aku fahami, kekurangan kedua-dua protein ini berpotensi menyebabkan pembekuan darah dan dalam kes aku, doktor menjangkakan pembekuan ini berlaku di kawasan plasenta dan tali pusat lalu menghalang oksigen dan makanan sampai kepada janin.
Sebagai penyelesaiannya, doktor menasihatkan aku agar mengambil suntikan clexane sejak tiga bulan kandungan bagi menghalang pembekuan tersebut. Walau bagaimanapun aku agak terlewat berbuat demikian semasa mengandungkan anak kedua apabila memulakan suntikan ketika kandungan masuk tujuh bulan. Waktu itu doktor tidak memberi harapan yang tinggi hanya menasihatkan ku sentiasa berdoa. Syukur Alhamdulillah Allah maha pengasih mengurniakan jua Hannah kepadaku.
Berikut di sini aku selitkan secara terperinci fakta berkaitan thrombophilia dan kaitannya dengan kandungan.
http://www.marchofdimes.com/professionals/14332_9264.asp
Lihat juga clexane http://www.medsafe.govt.nz/Consumers/CMI/c/clexane.htm










