Tuesday, December 26, 2006


Selasa, 23 Disember 2006
Hari yang tidak dapat ku lupakan bilamana aku sendiri terkandas dalam perjalanan pulang. Kebetulan aku harus bergegas ke Kuala Lumpur dengan bas jam enam petang.
Manusia hanya merancang tuhan yang menentukan. Benarlah kata pepatah itu dan ianya telah terjadi ke atas diriku. Aku telah membeli tiket bas seminggu sebelum itu dan merasakan sempat pergi ke stesen bas sejurus pulang dari tempat bekerja. Tapi hari selasa itu hujan turun tidak berhenti-henti sejak ahad lalu menyebabkan jalan utama dinaiki air. Kecoh juga satu pejabat kerana masing-masing tidak dapat balik. Aku pun terus menghubungi bapa mentuaku agar menungguku di stesen bas sahaja memandangkan dia tidak cekap sangat memandu kereta. Lantas aku berpesan dengan kawanku untuk menumpang keretanya nanti. Tetapi dia tidak sanggup kerana tidak yakin kereta Kancilnya dapat mengharung air. Akhirnya aku memutuskan untuk menaiki bas sahaja namun hampa juga apabila diberitahu bas dari Air Hitam tidak ada kerana jalan runtuh di Chaah.
Aku tidak putus-putus berdoa agar apa yang ku rancang berjalan lancar. Akhirnya sebuah teksi berhenti dan aku pun naik. Tiba di pertengahan jalan, teksi terpaksa berpatah balik kerana tidak sanggup mengharungi jalan yang dinaiki air itu. Kami terpaksa lalu di laluan alternatif. Apa yang ku lihat kenderaan bersesak-sesak dan bergerak lambat. Dalam hati ini sentiasa berzikir mudah-mudahan ujian yang ku tempuhi ini bisa aku lalui. Sempat juga aku menelefon bapa mentuaku agar meminta pemandu bas menungguku. Gelihati juga mengenangkan beberapa kenderaan terutama Kancil berpatah balik kerana tidak sanggup menempuh laluan itu.
Akhirnya setelah lebih kurang satu jam, aku tiba di stesen bas. Agak kelam kabut juga aku. Sempat juga aku bersalam dengan mentuaku dan memberi kucupan kepada anakku, Hannah. Terkilan juga di hati kerana tidak sempat untuk menyusukannya. Namun aku tetap memanjat rasa kesyukuran kerana selamat tiba di Kuala Lumpur.

Jom tengok...

Kami menghitung usiamu, Hannah...

Ticker Hannah