Thursday, June 14, 2007

Berjaya juga akhirnya


Tarikh 13 Jun 2007 akan menjadi kenangan dalam lipatan memoriku bilamana setelah lebih kurang enam bulan, aku akhirnya lulus ujian memandu. Mungkin pada orang lain hal ini perkara biasa je tetapi bagi aku yang memang penakut dan bolehlah dikatakan 'minah gabra', ianya menjadi satu kenangan indah yang tak mungkin kulupakan. Kini aku yakin untuk memandu di tengah-tengah jalan raya. Doa ku kepada tuhan agar dijauhkan aku dan keluarga dari sebarang musibah. Semoga nawaitu ku dirahmatiNya dan mudah-mudahan aku akan menjadi salah satu pemandu di Malaysia yang berhemah dan bersopan santun. Amin...


Tuesday, June 12, 2007

Teh tarik satu!!!

Fuhh!!! Sedap gile kalau dapat minum teh tarik. Lemak berkrim... disukai ramai... Sekarang ni aku jadi ketagih lak dengan minuman ni. Kadang-kadang cuba jugak control nafsu pasal takut kolestrol tapi penangan teh tarik ni makin menjadi-jadi. Tak dapat ku bayangkan buih-buih teh yang berkumpul di atas dan meruap sambil aromanya menusuk kalbu... Aduhai... sedapnya.... ssllluuurrrrppppp.......

Monday, June 11, 2007

Apa-apa ajelah...

Hannah-Hannah Khadeejah
Hannah-Hannah buah kana
Mana dia buah kana
Itu dia buah kana
Heheheeee....... itu lah dia laguku untuk anakku, Hannah Khadeejah bt. Saiful Nizam. Aku pun tak tak tau maknanya. Main nyanyi jer...Lagu nie aku nyanyikan masa Hannah dalam pantang lagi. Suka tengok gaya mengeliatnya sampai terangkat kedua-dua kakinya. Comel gitu...
Yang nie pulak aku lagukan masa sekarang nie...
Gedang geding gedang gedung
Gedang geding gedang gedung
Mana dia gedang gedung
Itu dia gedang gedung
Janganlah ditanya apa maksud di sebalik bait-bait dalam lagu nie. Sebenarnya aku nie main taram je. Asal boleh je... Buat menyedapkan lidah.
Yang ini style laki aku, Hannah! Hannanah!
Lah nie anakku dah ada macam-macam nama. Kejap aku panggil Hannah, kejap lagi panggil gedung. Si neneknya pulak panggil Shanana dan atuknya panggil Nana.. Hai... Ape-ape ajelah...

Friday, June 8, 2007

Buah apa nie???

...inilah pisang...

Pulang jua akhirnya...

Alhamdulillah, tiada perkataan yang dapat ku gambarkan bilamana suamiku ditukarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar awal Jun yang lalu. Walaupun masih tidak dapat duduk bersama tetapi aku tetap bersyukur kerana jarak Segamat-Muar tidaklah jauh sangat kira-kira sejam perjalanan.
Dari apa yang ku dengar kawan-kawan di tempat kerja lamanya termasuk bos dia agak berat hati melepaskan dia pergi. Apa boleh buat, aku telah lama bersabar menunggu di sini (Segamat) dan aku harap mereka faham dengan keadaanku.
Kembalinya suamiku ke sini sedikit sebanyak akan mengubah rutin hidupku seharian. Kalau dulu aku agak jarang memasak kini aku terpaksa menyiapkan hidangan setiap hari. Aku akan cuba lakukan dengan sebaik mungkin walaupun aku agak malas memasak demi kebahagiaan rumahtanggaku.
Dan aku berharap dengan kepulangannya dapatlah kami berdua memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan kami dalam melayari alam rumahtangga.
Kepada suamiku, tahniah kerana bertugas di tempat baru. Welcome to Johor, Encik Saiful Nizam b. Sulaiman! :)

Majalah terbaru di pasaran!!!

Tak taulah bila nak dilancarkan... tunggu aje lah...

Hannah bergendang

Eleh! Eksyen je lebih anak ibu nie...

Jom tengok...

Kami menghitung usiamu, Hannah...

Ticker Hannah