Thursday, July 26, 2007

Setahun sudah berlalu - 25 Julai 2007


Setahun sudah Hannah. Hannah dah reti apa setakat ni??? Dah tentu Hannah tak tau jawab sebab dia pun belum pandai bercakap lagi pun! Apalah aku ni... heheheee.. Dari pemerhatianku, inilah pencapaian Hannah sepanjang setahun ini : 1-3 bulan : mata boleh mengecam pergerakan di hadapannya, menjelir lidah.
3 - 6 bulan : memusing badan dan meniarap
6-7 bulan : dari meniarap ke menyusur, merangkak, mulut dah start mengomel
7-9 bulan : merangkak, memapah dan menyusur dinding, bertepuk tangan, bangun
jatuh (imbangkan badan nak berdiri), dah pandai panggil emak.
9 bulan : berdiri tegak, menapak setapak dua tapak

10 -11bulan : berjalan jatuh, gigi baru tumbuh (bahagian bawah), tahu jika ibu
berpakaian cantik (nak ikutlah tu...).
12 bulan : pandai berjalan dan mula berjalan laju, gigi tumbuh lagi (bahagian atas
pula), mudah mengikut aksi orang contohnya memegang penyapu dan buat aksi menyapu, menyeterika baju, pandai menimbulkan rasa cemburu dan suka menarik perhatian orang, melambai-lambai tangan (good bye), tau bercakap "dah?" dan menganggukkan kepala tanda faham.
Hannah, ibu dan ayah berharap agar Hannah dapat menjadi manusia yang berguna. Insya Allah..

Wednesday, July 18, 2007

DEALING WITH HEPATITIS

HEPATITIS A
- it is an acute disease that does not cause long-term complications
- contracted by eating food or drinking water, which is contamined with the Hepatitis A virus
- when symptoms occur, they are often mild and non-specific. Might be mistaken for flu
- individuals at risk include travellers to endemic areas, military personnel, injecting drug users, health care workers, homosexual and bisexual men
How to avoid Hepatitis A
- avoid raw or inadequately cooked shellfish, raw salads and vegetables, untreated drinking water, ice cubes or unpasteurised milk
- maintain high standard of personal hygiene
- get vaccinated against Hepatitis A before visiting high-risk areas

HEPATITIS B
- highly infectious
- can lead to chronic liver disease such as chronic hepatitis, cirrhosis and liver cancer
- can be spread from infected mother to child at birth or soon after birth, through sexual contact, blood transfusion or blood products, contaminated needles and sharing of razors or toothbrushes
How to avoid Hepatitis B
- do not share any needles, razors or toothbrushes
- practice safe sex
- get vaccinated if you work in healthcare facilities or someone in your family is infected with it

HEPATITIS C
- can cause chronic liver disease
- no vaccine available so far

How to avoid Hepatitis C
- do not share razors, needles or toothbrushes
- practice safe sex






Sunday, July 15, 2007

Cerita tentang ayah pula...



26 Jun 2007 hari Selasa, aku ambil cuti kerana menemankan suamiku ke Putrajaya. Hari itu dia menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Risau juga aku jika tidak dibenarkan masuk ke dewan almaklumlah aku bukan tetamu yang dijemput. Nasib baik dengan pertolongan kawan suami dapat juga aku masuk. Segan ada, malu pun ada. Aku rasa selain aku ada juga 'tetamu-tetamu' yang tidak diundang. Buat dono je lah... Mengikut kata suamiku Dato' Dr. Chua Soi Lek sendiri yang akan menyampaikan anugerah. Jadi, aku pun dah standby dengan camcorder. Sesi penyampaian dibahagikan kepada 2 bahagian yang mana suamiku termasuk dalam bahagian kedua. Entah macam mana sebelum habis sesi pertama, Dato' Dr. Chua Soi Lek terpaksa meninggalkan majlis. Aku apalagi teruslah ambil peluang merakamkan gambar beliau bersalaman dengan tetamu. Tetiba tergamam pula aku bila Dr. Chua menghulurkan tangan kepadaku. Kelam kabut aku menyambut salam beliau. Mana taknya sebelah tangan asyik memegang camcorder. Amaturlah katakan. Namun bangga dan riak juga dapat bersalam dengan menteri. Akhir sekali suamiku yang kecewa tak dapat bersalam dengan Dr. Chua Soi Lek. Rezeki! Rezeki!... heheee.
Aku yang menempel...

Dam! Aarrggghhhhhh.....



Hannah nangis. Meleret-leret. Aku yang baru nak lena terjaga dan terus bergegas ke arahnya. Rupa-rupanya dia terjatuh lalu terdorong dan kepalanya terkena edge gerobok pinggan MIL aku semasa hendak kejar bolanya. Lalu ku ambil dan memujuknya. Makin lama makin kuat. Aku yang tengah mamai lagi terus ku suakan nipple kat mulutnya. Barulah senyap.


Esok pagi macam biasa aku bersiap hendak ke tempat kerja. Dalam pada masa itu MIL panggil aku dan tunjukkan bahagian mata kanan yang bengkak. Ya! Ampun! Maafkan ibu, Hannah. Malam tadi aku tak perasan pun sebab lepas susukan Hannah, aku dan dia teru
s zzzzzzz..... Kebetulan pagi tu blackout sekejap so aku memang tak perasan langsung. Hari itu ku bawa Hannah ke hospital dan Alhamdulillah Hannah ok.

Jom tengok...

Kami menghitung usiamu, Hannah...

Ticker Hannah