Thursday, October 18, 2007

Cameron Highlands Convoy Trip

18-20 Ogos 2007
Selaku pemilik Juara (yang diberi nama Kitty), aku sekeluarg
a telah join satu konvoi khas untuk pemilik Juara di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Inilah julung-julungnya konvoi yang diadakan bagi mewujudkan aktiviti-aktiviti Kelab Juara Atrac Malaysia (KJAM).
Hanya kami sahaja wakil dari selatan (Johor) yang join. Selebihnya dari kawasan KL dan utara. Sehari sebelum itu (Jumaat) kami sekeluarga telah bertolak lebih awal ke Ipoh memandangkan konvoi akan bermula di situ.

Sabtu, 18 Ogos 2007

Semua Juara berkumpul di stesen minyak Shell Ipoh Garden untuk sesi pemasangan sticker penaja. Kali ini kami berjaya mendapatkan penaja dari Shell, Proton, Delcor (syarikat bateri kereta), Hankook (tayar) dan Digi serta Malaysia Tourism Board.Selepas itu, upacara pelepasan dilakukan. Sebelum itu kami sempat bergambar beramai-ramai sebelum berlepas.
Dalam perjalanan, tempat pertama yang kami singgah ialah di Strawberry Farm. Teruja tengok buah strawberry melambai-lambai ditiup angin. Aku tidak membeli apa-apa kerana perjalanan masih terlalu awal bagiku.Seterusnya, kami berkumpul di hadapan stesen bas Cameron Highlands. Kesejukan mula terasa. Sempat juga kami bergambar untuk kenangan.Kemudian masing-masing diberikan kunci apartment. Di Cameron Highlands apartment merupakan salah satu alternatif penginapan murah jika dibandingkan dengan hotel. Malam itu tiada aktiviti dijalankan. Peserta konvoi diberi kesempatan berehat dan bebas melakukan aktiviti masing-masing. Aku sempat ke pasar Brinchang melihat gelagat orang di sana. Sempat juga aku membeli kaktus mini untuk dijadikan souvenir buat rakan-rakanku

Ahad, 19 Ogos 2007
Pagi, setelah bersarapan, kami berkumpul semula di stesen bas sebelum bergerak ke ladang teh Cameron Valley dan Boh Plantatio
n. Aku mengambil kesempatan menguji kemahiran memandu Kitty melalui liku-liku jalan yang bengkang bengkok. Seronok tidak dapat kugambarkan. Suamiku sibuk merakam pergerakan konvoi semasa perjalanan. Semasa di Cameron Valley, aku tak sempat merasa keenakkan tehnya. Takpelah pujuk hatiku. Mungkin di perhentian seterusnya aku dapat berbuat demikian. Hajat di hati nak merayau mengelilingi lembah teh tapi apakan daya kudrat tak sampai.
Kemudian kami bergerak ke ladang teh Boh. Kali ini pemanduan lagi mencaba
r kerana jalannya yang sempit dan berliku. Namun syukur dapat juga aku sekeluarga selamat tiba di destinasi. Akhirnya dapat juga aku menikmati rasa teh yang asli. Boh! Ada Ummppphhhh!!!!!... bersama skon yang enak.
Isnin, 20 Ogos 2007
Hari terakhir, kami banyak melawat ladang-ladang strawberry, kebun sayur dan ladang bunga. Geramnya melihat bunga-bunga beraneka warna yang hidup subur. Sayang sekali bunga-bunga ini tidak dapat tumbuh subur di kampungku kerana faktor cuaca. Aku hanya membeli bunga anggerik seperti yang dipesan oleh kawanku. Kami juga memetik sendiri bua
h strawberry namun tak banyak yang aku beli sebab khuatir akan masam bila balik ke Johor nanti. Namun yang paling ralat sekali MIL hanya membeli sedikit sahaja jagung mutiara. Kalau ku tahu kesedapannya pasti ku borong banyak-banyak.Perjalanan balik pula melalui Tapah. Ikutkan plan nak singgah Lata Iskandar tapi tak jadi kerana hujan. Tatkala berpisah di Tol tapah hati mula merasa sayu. Ada peserta yang ke utara sementara aku bersama dua buah Juara lagi perlu meneruskan perjalanan ke KL dan Segamat. Betullah kata orang setiap pertemuan ada perpisahan. Moga-moga lepas ini ada lagi konvoi KJAM dengan harapan semua ahli dapat bertemu semula.




Hannah berhari raya


Masuk tahun nie dah dua kali Hannah beraya cuma tahun lepas dia tak beraya sakan sebab Hannah masa tu belum reti meniarap apatah lagi berjalan. So tahun nie sukalah dia sebab dah dapat kaki. Tahun nie aku hanya tempahkan sehelai baju kurung untuknya selebihnya aku beli baju-baju casual. Banyak duit aku laburkan beli baju anak dara kesayanganku ini. Kalau dulu memang susah nak pakaikan scarf kat kepala dia tapi sekarang ni dah ok. Kira sporting lah Hannah. Takdelah nampak sangat muka dia macam laki-laki.

Jom pergi ke zoo


Kebetulan menghadiri kenduri kahwin cucu saudara bapa mentua kat Skudai. Lepas tu tak ada idea nak pergi mana. Tiba-tiba mentol akal pun muncul. Ting! Jom kita pergi ke zoo! So aku pun terus drive Kitty sebab hubby memang tak arif area JB nie.
Jalan sesak sebab kat Masjid Sultan Abu Bakar ada kursus haji. Pusing punya pusing cari tempat parking akhirnya dapat juga parking kat tempat Maahad Johor.
Hujan turun renyai-renyai tapi punyalah ghairah nak gi zoo, aku terus berlari dukung Hannah. Kesian kat PIL sebab tak daya nak berjalan.
Sampai-sampai hubby terus capai camcorder terus petik gambar. Aku lak bawak Hannah ngan stroller sebab tak daya nak dukung dia.
Akhir sekali aku bagi chance kat Hannah tunggang kuda. Memula dia macam takut-takut gak tapi lama-lama dah ok. Nantilah kalau ada rezeki Ibu kita gi Zoo Taiping pulak yer Hannah... Insya Allah....

Jom tengok...

Kami menghitung usiamu, Hannah...

Ticker Hannah