Option?
Wehhh semalam aku baru je sign option pencen. Aku amik pencen umur 56 tahun je. Tak larat lah sambung keje sampai umur 58... Ntah2 aku takde lagi kat dunia masa tu...(Ya Allah! Panjangkanlah umur hambamu ini... Utang banyak lagi ni nak bayo....)
Dalam pada aku tengok gelagat staff kat hospital nie... macam2 kesimpulan yang dapat aku buat. Yang kelakonya ada yang nak decide option mana nak amik pun sampai tanya mak ayah walhal diri sendiri dah beso boleh decide sendiri... yang kejenya ko bukan mak ayah ko.. aperraaa... tapi hak masing2 kan apesal lak aku yang sibuk nak bising2....:)
Lagi satu aku peratikan ade kebanyakkan staff macam ada 'pentingkan diri' sendiri. Maksud aku ada yang nak amik option 58 tahun tapi plan nak berenti umur 56. Konon2nya depa boleh dapat pencen masa umur 56 tapi silaplah brader meh aku betulkan fakta.... setahu aku sapa2 kakitangan kerajaan yang amik option 58 tetapi resign awal umur 57 ke bawah atas sebab2 sakit atau apa2 hal hanya akan diberikan ganjaran cuti rehat sementara pencen hanya akan diberikan ketika umur mencecah 58 tahun. Ada paham???Maksudnya yang terang selama 2 tahun nak sampai ke umur 58 pandai2lah dorang nak idup sebab pencen takde. Kalolah kerajaan benarkan pencen dibayar awal sebelum umur 58 tahun, aku rasa ramailah government servants (maybe termasuk aku kot) yang pakat2 nak amik option 58 tahun. Kalo macam nie bankraplah kerajaan... Nampak sangat berat sebelah. Tak ke namanya makan gaji buta???
Aku memang malas nak amik option 58 sebab maybe masa tu aku takde mood nak keje, maybe aku nak komited dalam bisnes, atau aku nak layan cucu2 aku atau pun nak gi holiday ke... Kalo katakan aku nak sambung keje sampai umur 58 aku leh buat kontrak... lagi pun jika panjang umur aku sampai 56 tahun ngam2 30 tahun aku punya perkhidmatan dalam kerajaan. Sah2 aku akan dapat 60% pencen dari gaji akhir aku.. Insya Allah...
So kepada kakitangan kerajaan semua, buatlah keputusan yang bijak. Pikirkan jugak nasib generasi yang akan datang ok...... OK sambung keje balik.....









0 komen setakat ini:
Post a Comment