Monday, June 16, 2008

Ratu panjat

Hannah memang terserlah 'kejantanannya'. Tengoklah aksi2nya yang buat aku menjerit2 ala soprano.

Friday, June 13, 2008

Ayat-ayat cinta

Teringin weihh nak tengok filem nie. Ari tu tengok TMOf dia kat TV3 buat aku teruja lak nak tengok sebab macam best aje citernya.

Filem ini apa yang aku tau diapdatasikan dari novel Habiburrahman El-Shirazy (gambar)

antara pelapis penulis generasi muda Indonesia kini. Beliau pernah blajo di pesantren dan ingin membuktikan bahawa pesantren bukan sahaja mengajar agama bahkan universal dalam semua perkara.
Kat mana nak dapatkan novel Ayat-ayat Cinta nie? Mmmm... aku rasa macam nak kena geledah je Konikuniya sebab kedai buku biasa takde kot? Sape2 ade idea?
Aku ingat nak tengok nanti filem ni kat cinema tapi takkan nak gi sorang lak? Laki aku? Jangan arap kang nanti wayang tengok dia :):)
Ala lupa kat Segamat takde cinema.. Huwawawaaaaa..... terpaksalah aku gi BP or JB or Kl. Kat Muo tak pasti lak ade ke tak... Tak sabar rasanya nak tengok citer cinta 3 segi nie....

Option?

Wehhh semalam aku baru je sign option pencen. Aku amik pencen umur 56 tahun je. Tak larat lah sambung keje sampai umur 58... Ntah2 aku takde lagi kat dunia masa tu...(Ya Allah! Panjangkanlah umur hambamu ini... Utang banyak lagi ni nak bayo....)
Dalam pada aku tengok gelagat staff kat hospital nie... macam2 kesimpulan yang dapat aku buat. Yang kelakonya ada yang nak decide option mana nak amik pun sampai tanya mak ayah walhal diri sendiri dah beso boleh decide sendiri... yang kejenya ko bukan mak ayah ko.. aperraaa... tapi hak masing2 kan apesal lak aku yang sibuk nak bising2....:)
Lagi satu aku peratikan ade kebanyakkan staff macam ada 'pentingkan diri' sendiri. Maksud aku ada yang nak amik option 58 tahun tapi plan nak berenti umur 56. Konon2nya depa boleh dapat pencen masa umur 56 tapi silaplah brader meh aku betulkan fakta.... setahu aku sapa2 kakitangan kerajaan yang amik option 58 tetapi resign awal umur 57 ke bawah atas sebab2 sakit atau apa2 hal hanya akan diberikan ganjaran cuti rehat sementara pencen hanya akan diberikan ketika umur mencecah 58 tahun. Ada paham???Maksudnya yang terang selama 2 tahun nak sampai ke umur 58 pandai2lah dorang nak idup sebab pencen takde. Kalolah kerajaan benarkan pencen dibayar awal sebelum umur 58 tahun, aku rasa ramailah government servants (maybe termasuk aku kot) yang pakat2 nak amik option 58 tahun. Kalo macam nie bankraplah kerajaan... Nampak sangat berat sebelah. Tak ke namanya makan gaji buta???
Aku memang malas nak amik option 58 sebab maybe masa tu aku takde mood nak keje, maybe aku nak komited dalam bisnes, atau aku nak layan cucu2 aku atau pun nak gi holiday ke... Kalo katakan aku nak sambung keje sampai umur 58 aku leh buat kontrak... lagi pun jika panjang umur aku sampai 56 tahun ngam2 30 tahun aku punya perkhidmatan dalam kerajaan. Sah2 aku akan dapat 60% pencen dari gaji akhir aku.. Insya Allah...
So kepada kakitangan kerajaan semua, buatlah keputusan yang bijak. Pikirkan jugak nasib generasi yang akan datang ok...... OK sambung keje balik.....

Thursday, June 12, 2008

Apa celita????

Uihhh lama dah aku tak taip apa2 kat blog nie. Musim malas melanda ke dalam diriku ini. Atau akukah yang sengaja membiarkan perasaan malas menodai diriku???... heheheh tepuk perut tanya anak tekak...
Hannah sekarang hampir meniti setahun 11 bulan usianya. Macam2 perkembangan dan progress yg dapat ku lihat kat Hannah ni antaranya lari laju2, suka memanjat mcm jantan, tau tunjuk mana ayah, ibu, nenek, atuk dan Nenet (kucing), tau tunjuk yang mana satu A,B,C, suka conteng2 dan banyak lagi tak larat aku nak taip tapi satu peel dia memang sah2 ikut peel aku ialah.... cuba teka apedia? hehehee... kalo dia tak dpt apa yang dia nak dia akan berguling2 atas lantai... muakakakakaaa.....
Aku lah nie memang kebizian yang amat sangat sebab akulah bos, akulah kuli kat library hospital. Sampai portal Susu Ibu pun dah lama aku tak park nickname. Bos aku lak bila tau aku cepat buat keje lagi lah dia suka suruh aku buat keje lain lak. Ish! Buat cepat salah buat lambat lagi salah. Tapi takpe bos aku baik hati sebab dia paham aku jika aku tuang lama2. Janji keje siap. maap bos! Bukan bodek nie.... :)
Aku rasa lebih banyak tugas2 lain yang aku buat dari tugas hakiki aku. Hahahaa nak buat mcm mana library pun tak banyak koleksi buku. Balik2 buku lama zaman tok kaduk. Bukan aku tak mintak tapi jabatan takde bajet.
Mmmmm..... keta Juara kami si Kitty dah breakdown. Ada kat bengkel tersadai. Timing belt putuih! Heheh sape lagi aku lah orang yang memutuskannya... Tapi jangan salah sangka bukan aku sengaja tau! Memang nak berlaku time aku drive.
Alkisahnya bermula time aku sedang sedap2 drive tala balik dari kursus kat INTAN Kluang ke Felda Layang2, Simpang Renggam. Kebetulan dekat ngan kampung aku so aku decide bawak Hannah balik kampung suruh mak aku jaga sementelah aku gi berkursus 4 hari kat INTAN. Dek kerana excited nak balik cepat sebab rindu giler kat Hannah aku pun decide lalu masuk tol Ayer Hitam kluo tol Simpang Renggam. Agak laju gak aku bawak ade lah capai 130km/jam. Depan mata hampir 500 meter menuju ke susur kluo tol Spg Renggam tetiba je mcm ade bunyi 'tus!' dan tetiba gak enjin down! Agh! Sudah......
Terpaksalah aku berentikan Kitty kat tepi jalan. Nasib baik tuhan sayang kat aku sebab tepon SOS dekat je kat area situ. Rupa2nya tak lah susah mana nak guna tepon tu. Lama gak aku tersadai lastly aku bersama Kitty ditunda sampai ke bengkel kat Spg Renggam. Pengalaman pertama tu......
Laki aku petang tu gak gegas datang dari Muo. Terpaksalah tinggalkan Kitty kat bengkel. Tiga minggu lebih gak tersadai sebab pomen detect timing belt putus sebab ade part dalam enjin haus dan mengikis timing belt tu. Kalo nak tau sejak aku beli Kitty 2 tahun sudah dah 3 kali timing belt putus walhal mileage tak cecah lagi. Tak ke haru..... kami amik Kitty pun secondhand dan as keta kedua sebab memang nak carik satu MPV yang agak murah. Masa 2 kali putus laki aku tak suruh pomen bukak enjin tapi kali nie kena investigate gak apesal jadik mcm tu. Bila bukak enjin adelah part yang bengkok sebab timing belt tu putus masa aku tgh laju drive. Abislah membebel laki aku kat aku macam akulah salah beso. Dia lupa yg deposit beli Kitty aku pakai gaji pertama aku 3 bulan tau. Huh!
Sampai sekarang Kitty takleh bawak. Ari tu lepas konvoi KJAM ke Melaka (kesian kami pakai iswara je) laki aku banyak tanya kat technician proton. Lah nie kami tunggu je masa nak bawak Kitty ke Proton Center kat KESAS nak tunning. (Betul ke istilah aku nie?)....
Ok lupakan sebentar pasal juara keta kotak tu.... kotak2 pun den raso sodap bawak mandu sebab tak sakit belakang then den sonang cilok sebab tinggi dan muka depan keta pendek... heheheeee....
Skarang mood nak berblog dah kembali... tunggulah apa yang aku nak citer nanti... Ni tengah dok pikir macam mana nak consult member2 Susu Ibu yang hampir2 give up nak weaning. Kalaulah aku leh terbang kan sonang....

Jom tengok...

Kami menghitung usiamu, Hannah...

Ticker Hannah